Thursday, March 30, 2023

Apa Perbezaan Wasi Dan Benefisiari?!


Mesti ramai yang masih tak tahu kan?

Wasi bertanggungjawab untuk mengurus dan mengagihkan manfaat Takaful mengikut wasiat peserta Takaful atau mengikut undang-undang yang berhubungan dengan pembahagian harta pusaka peserta Takaful.

Itulah pentingnya melantik wasi yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

Benefisiari pula merupakan penerima mutlak manfaat Takaful berdasarkan konsep hibah bersyarat mengikut peratusan yang telah dinyatakan semasa proses permohonan penamaan. Manfaat yang diterima oleh benefisiari tidak tertakluk kepada hutang peserta Takaful sebaliknya ia menjadi milik mutlak benefisiari.

Untuk maklumat lanjut tentang wasi dan benefisiari boleh teruskan bacaan di sini 🌐

Wednesday, March 29, 2023

i-Great Nova

i-Great Nova | Takaful Hibah Perlindungan Tinggi untuk Keluarga dengan Tempoh Fleksibel.

Perlindungan meningkat untuk masa depan yang cerah, kini dan seterusnya.
Dalam hidup ini, ada perkara-perkara penting yang anda perlu lindungi. Bertindak sekarang untuk memastikan generasi anda yang seterusnya ditinggalkan dengan legasi. i-Great Nova adalah pelan mampu milik dengan jumlah perlindungan tinggi, dengan tempoh perlindungan yang fleksibel untuk memastikan orang yang tersayang dijaga, di setiap peringkat kehidupan anda.

Manfaat-manfaat utama

Pelan yang berpatutan dengan Jumlah Perlindungan yang tinggi bermula dari RM250,000
Dapatkan perlindungan dengan bayaran bulan yang berpatutan dan juga Jumlah Perlindungan hibah takaful yang tinggi bermula dari RM250,000

Melindungi Waris dengan Tempoh Perlindungan sehingga Umur 80 Tahun
Pilih tempoh perlindungan dengan perlindungan sehingga umur 60, 70 atau 80 tahun, dan tempoh pembayaran caruman yang fleksibel di antara 10, 20 tahun atau sepanjang tempoh perlindungan bergantung pada kemampuan individu.

Pilihan Meningkatkan Jumlah Perlindungan secara Automatik  setiap 5 tahun
Tingkatkan pelan hibah Takaful i-Great Nova anda untuk perlindungan yang lebih komprehensif dengan rider pilihan i-Protection Booster Rider yang menyediakan jumlah perlindungan tambahan sekiranya berlaku kematian atau HUPK ke atas Orang yang Dilindungi dimana jumlah perlindungan rider akan meningkat secara auto setiap 5 tahun sehingga 1000% jumlah perlindungan rider.

Bagaimanakah i-Great Nova berfungsi


Manfaat tambahan

i-Saver Rider
95% daripada caruman yang telah dibayar di bawah rider ini akan diperuntukkan kepada Akaun Unit Peserta untuk tujuan simpanan dan pelaburan pilihan dana yang ada.

Perlindungan Lanjutan Automatik
Nikmati perlindungan berterusan dengan perlindungan lanjutan automatik selepas akhir tempoh perlindungan di mana perlindungan akan dilanjutkan secara automatik sehingga umur 70 tahun, 80 tahun atau 100 tahun bergantung kepada umur matang.

Manfaat Kematian Tambahan semasa Menunaikan Haji/Umrah
Sekiranya berlaku kematian semasa menunaikan Haji atau Umrah dan bukan disebabkan kemalangan, tambahan 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar sebagai tambahan kepada Manfaat Kematian.

Perkhidmatan Badal Haji, Wakaf dan Hibah
Perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah perkhidmatan pilihan. Anda perlu mengisi borang perkhidmatan Badal Haji, borang perkhidmatan Wakaf, borang penama dan borang serah hak untuk perkhidmatan pilihan anda masing-masing.



Nota dan penafian
Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh produk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Perunding Great Eastern Takaful anda.

Notis penting
  1. i-Great Nova adalah Pelan Takaful Keluarga bertempoh dengan caruman berkala yang memberikan perlindungan apabila berlaku Kematian dan Hilang Upaya Penuh & Kekal ke atas Orang Yang Dilindungi. Manfaat Ihsan tambahan sebanyak RM2,000 yang dibayar untuk kematian ke atas Orang Yang Dilindungi.
  2. Umur merujuk kepada umur hari lahir berikutnya. Caruman dibayar berdasarkan terma caruman –bertempoh atau sepanjang tempoh perlindungan, atau sehingga kematian atau HUPK ke atas Orang yang Dilindungi, atau sehingga penamatan Sijil ini, yang mana terdahulu. Caruman baharu akan dikenakan selepas pengaktifan Perlindungan Lanjutan Automatik.
  3. Anda boleh berhenti membayar caruman dan masih menikmati perlindungan selagi terdapat jumlah yang mencukupi di dalam PIA, PUA bagi Pelan Asas atau PUA bagi i-Saver Rider (jika berkenaan) untuk membayar Tabarru’, jika berkenaan. Namun terdapat kemungkinan Sijil menjadi luput apabila caj yang dikenakan, termasuk Tabarru’, melebihi jumlah amaun yang ada di dalam PIA, PUA bagi Pelan Asas atau PUA bagi i-Saver Rider (jika berkenaan).
  4. Anda seharusnya yakin bahawa pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah Sijil ini adalah jumlah yang anda mampu bayar.
  5. “Tempoh Rujukan Percuma” selama 15 hari daripada tarikh anda menerima Sijil diberikan kepada anda untuk meneliti kesesuaian pelan. Jika Sijil ini dikembalikan kepada kami dalam tempoh ini, kami akan mengembalikan suatu amaun yang bersamaan dengan yang berikut ditolak dengan belanja perubatan (jika ada): (i) Jumlah Caruman Takaful, jika ada; (ii) Jumlah nilai di dalam Akaun Unit Peserta (jika ada) Sijil ini, dan (iii) Caruman simpanan i-Great Nova berkaitan pelabutan yang tidak diperuntukkan.
  6. Anda boleh menerima baki jumlah di dalam PIA, PUA bagi Pelan Asas atau PUA bagi i-Saver Rider (jika ada) apabila pelan ditamatkan atau telah matang, yang mungkin akan berkurang daripada jumlah caruman yang diperuntukkan ke dalam PIA, PUA bagi Pelan Asas atau PUA bagi i-Saver Rider (jika ada). Tiada manfaat akan dibayar daripada Dana Tabarru’.
  7. Jumlah di dalam PIA, PUA bagi Pelan Asas atau PUA bagi i-Saver Rider (jika berkenaan) adalah berdasarkan prestasi sebenar dana dan tidak dijamin. Bergantung kepada prestasi dana, Nilai PIA, PUA bagi Pelan Asas atau PUA bagi i-Saver Rider (jika berkenaan) mungkin berkurang dan Sijil berpotensi menjadi luput. Risiko pelaburan di bawah pelan ini akan ditanggung oleh anda dan jumlah PIA, PUA bagi Pelan Asas atau PUA bagi i-Saver Rider (jika berkenaan) mungkin berkurangan daripada jumlah caruman yang dicarum ke dalam dana.
  8. Menyertai sebuah pelan Takaful Keluarga adalah satu komitmen kewangan jangka panjang. Sekiranya anda tidak membayar caruman anda di dalam tempoh tenggang selama 30 hari, Sijil anda akan luput. Nilai tunai terkumpul daripada PIA dan Jumlah Nilai Akaun daripada PUA bagi Pelan Asas atau PUA bagi i-Saver rider yang anda mungkin perolehi sekiranya anda menamatkan Sijil sebelum tempoh matang akan berjumlah jauh lebih rendah daripada jumlah caruman yang telah anda bayar.
  9. Jika Sijil anda beralih daripada satu Pengendali Takaful kepada yang lain atau anda mengganti Sijil semasa anda dengan Sijil lain dengan Pengendali Takaful yang sama, anda mungkin perlu menghantar permohonan yang mana penerimaan cadangan anda adalah tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan pada masa penukaran atau penggantian.

Penafian
Maklumat ini hanyalah untuk maklumat am sahaja dan bukanlah satu kontrak Takaful Keluarga. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri penting dan manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini.

Friday, March 24, 2023

2021 Self Rewards


Ketika kamu gagal dalam sesuatu perjuangan, itu bukan bermaksud kamu harus menyerah dan berhenti berusaha.

Jangan sesekali pernah takut untuk mencuba, kerana tanpa mencuba kita tidak akan pernah merasakan keberhasilannya. Teruskanlah percaya dan berusahalah sehabis mungkin untuk meraih cita-cita.


Business takaful business ganjaran dunia dan akhirat. Kita bantu orang, allah bantu rezeki kita. Yang penting masa bekerja sangat lah flexible. 

Come & Join Me.
Together, We make our Dream Come True.
.
Passion.Integrity.Teamwork 

Wednesday, March 22, 2023

Akak Payung Korang TBE Exam

 FREE TAKAFUL BASIC EXAM (TBE)


Assalamualaikum,

.

Korang sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba, kami di Anha Group Legacy berbesar hati untuk menawarkan TBE Exam secara percuma. sesiapa yang berminat boleh tekan link di bawah untuk info lebih lanjut.

.

bit.ly/anharecruitment

bit.ly/anharecruitment

.

Terhad kepada 50 orang terawal sahaja!