Thursday, March 30, 2023

Apa Perbezaan Wasi Dan Benefisiari?!


Mesti ramai yang masih tak tahu kan?

Wasi bertanggungjawab untuk mengurus dan mengagihkan manfaat Takaful mengikut wasiat peserta Takaful atau mengikut undang-undang yang berhubungan dengan pembahagian harta pusaka peserta Takaful.

Itulah pentingnya melantik wasi yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

Benefisiari pula merupakan penerima mutlak manfaat Takaful berdasarkan konsep hibah bersyarat mengikut peratusan yang telah dinyatakan semasa proses permohonan penamaan. Manfaat yang diterima oleh benefisiari tidak tertakluk kepada hutang peserta Takaful sebaliknya ia menjadi milik mutlak benefisiari.

Untuk maklumat lanjut tentang wasi dan benefisiari boleh teruskan bacaan di sini 🌐

No comments: