Wednesday, October 25, 2017

Panduan Mudah Elak Ditipu Sebelum Melanggan Takaful


Ramai yang sudah melanggan takaful tetapi menyesal dengan apa yang dia perolehi apabila ingin membuat tuntutan kepada syarikat kerana tidak mempunyai ilmu.
Di sini saya kongsikan tips-tips penting sebelum langgan takaful yang wajib anda ketahui.

Kepada yang belum melanggan mana-mana takaful, tips-tips ini sebagai pencerahan kepada anda supaya anda tidak membuat kesilapan sebagaimana mereka yang telah melanggan tanpa ada ilmu ditambah lagi ejen kurang membantu dalam menerangkan setiap polisi kepada anda.

1.Anda mempunyai Bajet Ketat
Jika anda mempunyai bajet ketat atau pun perbelanjaan yang perlu dibelanjakan, Takaful antara perkara penting yang perlu dimasukkan dalam bajet anda walaupun wang anda kian menipis dengan anda mengutamakan Perlindungan Kewangan (income protection).
Cuba guna formula ini bagi membantu anda dalam membuat perkiraan jumlah yang ideal untuk mendapat perlindungan dengan ukuran gaji anda, RM 2000 (andaian gaji) x 12 bulan x 10 tahun = RM 240 000. Ini perlindungan ideal untuk memudahkan anda dimasa hadapan jika ditimpa musibah. Sekiranya jumlah perlindungan lebih daripada jumlah ideal ini, sama ada syarikat takaful itu menawarkan pembayaran yang murah dengan mendapat perlindungan yang tinggi ataupun anda perlu membayar dengan jumlah yang tinggi bagi mendapat perlindungan yang lebih tinggi.

2. 10% Daripada Pendapatan
Pakar kewangan pesan, belanja takaful paling tinggi sekitar 10% daripada pendapatan anda. Jangan lebih-lebih. Sekiranya gaji atau pendapatan anda RM 2000 sebulan, maka perbelanjaan takaful anda sepatutnya tidak melebihi RM200, sekiranya melebihi daripada jumlah tersebut dikhuatiri anda tidak mampu konsisten dalam membuat pembayaran.

3. Lapor Tahap Kesihatan
Kalau pernah sakit atau buat pembedahan, jangan sembunyikan. Walaupun pembedahan sudah 10 tahun berlalu nyatakan juga. “Claim” kena tolak pening kepala. Pada waktu itu, jangan salahkan pula ejen atau syarikat takaful sekiranya tuntutan anda ditolak.

4. Terdapat 11 Syarikat Takaful. Buat Perbandingan Dahulu.
Di Malaysia ada 11 syarikat takaful ini belum lagi dicampur syarikat yang membuat insuran konvesional, sebolehnya elakkan daripada melanggan perlindungan diri dan keluarga daripada syarikat yang menawarkan insuran konvensional. Kaji dan buat perbandingan dulu sebelum ambil. Pilihan di tangan anda.




5. Kad Perubatan atau Perlindungan Pendapatan?
Utamakan Perlindungan Pendapatan dahulu sebelum kad perubatan. Kalau tiada kad perubatan hospital kerajaan ada untuk alternatif. Kalau sakit kronik kad perubatan tidak boleh ganti gaji yang hilang akibat sakit.

6. Agen Sepenuh Masa atau Separuh Masa?
Separuh masa atau sepenuh masa bukan masalah. Yang penting pastikan agen tersebut sungguh-sungguh dalam industri. Bukan main-main.  Kalau bermain-main itu masalah, anda menghadapi masalah belum tentu dia hadir membantu, sekiranya nak mengutip bayaran langganan takful sampai di depan pintu rumah dia akan datang.

7. Kad Perubatan Penting?
Ia penting selepas anda mengutamakan Perlindungan Pendapatan. Sekiranya anda mempunyai lebihan bajet untuk kad perubatan anda digalakkan ambil, pembiayaan kesihatan anda di hospital swasta tidak menjadi masalah bagi anda.

8. Langgan Takaful Jangan Fikir Hibah Sahaja
Langgan takaful pastikan dimasukkan perlindungan untuk sakit kronik. Banyak kes, pelanggan menghidap sakit kronik dahulu. Disebabkan itu dia meninggal dunia. Waktu sakit kronik siapa yang akan menyara ekonomi anda dan keluarga anda? Bagi tahu agen akan hal ini.

9. Sebelum Ambil Kad Perubatan
Sebelum ambil kad perubatan buat kajian dahulu. Berapa harga bilik hospital kawasan anda? Kaji, kaji dan kaji. Kalau hospital berdekatan harga 150, jangan ambil polisi bilik berharga RM 100. Nanti kena tambah duit sendiri. Selidik juga had tahunan perlindungan dan had seumur hidup.



10. Bayar Biar Murah, Perlindungan Biar Tinggi
Ini antara perkara penting yang perlu anda pastikan. Sebagai pengguna yang bijak dalam menghadapi zaman ekonomi yang mencabar, melanggan takaful yang murah dengan mendapat perlindungan yang tinggi adalah pilihan yang bijak dan bagus. Ada orang bayar mahal tetapi perlindungan sikit. Tujuan ambil takaful adalah perlindungan. Penting untuk fahami takaful dan buat perbandingan dengan syarikat lain.

11. Syarikat Takaful Terbaik?
Tiada istilah syarikat takaful terbaik. Setiap syarikat ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Terdapat syarikat A yang tawarkan kad perubatan untuk kanak-kanak tetapi harganya mahal berbanding syarikat B. Ada ketika syarikat B menjadi terbaik ketika pelanggannya berusia 25. Bayaran caruman murah, perlindungan tinggi berbanding syarikat A.

12. Takaful Bukan Pelaburan/Simpanan
Set minda anda, takaful bukan tempat untuk menyimpan atau melabur yang terbaik. Tujuan asal takaful untuk beri perlindungan jika dapat musibah. Tanya agen masing-masing berapa nilai simpanan dan keuntungan pelaburan anda sekarang? Jangan terkejut. Sekiranya anda ingin melabur, anda boleh bertanya di page saya https://www.facebook.com/shikinarshad85/

13. Jangan Fikir Lama-Lama
Jika anda sudah bertekad dan besungguh, apa yang anda perlu lakukan tanya dua tiga buah syarikat takaful, terus sign up untuk polisi yang sesuai dengan kehendak kita. Jangan fikir lama-lama kerana malang dan musibah itu tidak berbau dan ia datang kepada anda tanpa dijemput. Ada orang yang mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan sehingga dia belum sempat mencarum dia mula menghidap penyakit kronik dan tiada syarikat yang minat menawarkan sebarang perlindungan kepadanya.

14. Jangan Tangguh Bayar Takaful
Apabila anda sudah melanggan takaful, antara perkara yang penting adalah anda kena pastikan caruman polisi sentiasa dibayar pada waktu yang sepatutnya. Tindakan melewat-lewatkan pembayaran sehingga berbulan-bulan boleh membuatkan polisi takaful anda terbatal dan tidak dapat dimanfaatkan. Sudah tentu wang anda sendiri sudah hanggus.

15. Tahu Sikit Istilah Dalam Takaful
Perlu atau tidak, anda mengambil tahu istilah dalam takaful? Jawapan saya adalah PERLU. Semua ini demi kepentingan anda sendiri serta mengelakkan anda daripada ditipu oleh ejen yang mementingkan keuntungan daripada diri anda sendiri. Antara istilah yang anda kena tahu seperti Caj Wakalah, tempoh bertenang, polisi aktif dan yang semisalnya.



16. Kenalpasti Manfaat Takaful
Kalau ambil kad perubatan, selidik manfaat takaful yang anda dapat. Berapa harga bilik? Perlindungan tahunan berapa? Perlindungan seumur hidup? Berlaku kenaikan harga tak? Kalau tidak buat tuntutan ada diskaun bayaran atau tidak? Anda wajib tahu manfaat yang utama polisi anda.

17. Jauhi Borang Kosong
Sebelum ‘sign’ borang takaful, pastikan baca dahulu. Jangan tanda borang kosong. Ini adalah masalah kebanyakkan pelanggan takaful, mereka hanya percaya bulat-bulat apa yang dikatakan oleh ejen, sekiranya mendapat ejen yang baik anda terselamat kalau sebaliknya, musibah menanti anda. Sila baca, baca dan baca setiap yang tertulis, kerana anda mendapat khidmat ini secara bayaran bukan secara percuma.

18. Tanya Servis Selepas Jualan
Sebelum ambil takaful, tanya juga agen servis atau perkhidmatan selepas jualan bagaimana? Boleh bantu apa patut atau diamkan diri seribu bahasa? Ini untuk manfaat anda juga. Ejen waktu promosi kepada anda bukan main manis mulutnya, tetapi selepas melanggan tiada servis yang dia berikan kepada anda, malah membiarkan anda terkontang-kanting menguruskan tuntutan anda kepada syarikat takaful.

19. Jangan Lupa Jaga Kesihatan
Dah ada takaful nanti jangan fikir untuk bermalasan menjaga kesihatan. Makan makanan yang seimbang dan bersukan tetap keutamaan. Nikmat kesihatan bukan sesuatu yang dapat dibeli di farmasi atau mana-mana kedai ubat, anda perlu menjaga kesihatan anda. Bertakaful bukan lesen untuk anda sakit tetapi perancangan ketika hadapi musibah serta pengalihan risiko daripada ditanggung oleh anda tetapi ditanggung oleh syarikat yang anda carumkan.

20. Cerita Pada Kawan-Kawan
Sebelum dan selepas melanggan takaful, cerita juga pada kawan-kawan dan ahli keluarga anda tentang kebaikan mendapat perlindungan takaful. Kebaikan sangat besar. Bertindak segera sebelum mereka mendapat apa-apa musibah. Anda berkongsi kepada mereka tanda anda peduli kepada mereka. Tips-tips ini juga amat baik untuk anda kongsikan kepada lingkungan keluarga serta kawan-kawan anda.


Semoga bermanfaat.


by : Shairazi




Free Consultation...

🌟🌟 WE TEACH 🌟 YOU LEARN 🌟🌟
🌟🌟 HOW TO BE SUCCESSFUL WITH GREAT 🌟🌟

Like & Share | SA Great Eastern Takaful

No comments: