Pernah tak anda terfikir yang sekarang adalah tahun 2015 dan anda masih belum ada Insurans Nyawa (Life insurance)? Pernah tak anda terfikir kenapa majoriti orang cina ada Insurans walaupun dia miskin gila? For example, tahukah anda even lelaki cina tu bekerja sebagai pengutip besi buruk, pengumpul barang recycle dan pekebun, dia ada insurans untuk diri dan setiap ahli keluarga dia?
Wait, what the heck in the Earth is Insurance?
Direct to the point, Insurans dan Takaful adalah basically the same. Ia adalah "Sebuah Perlindungan" yang akan melindungi kewangan korang dari sebarang masalah kemalangan dan kesihatan selagi korang bayar a fix amount for every month. Duit yang anda bayar setiap bulan, akan digunakan untuk pelaburan dan hasilnya di panggil Cash Value. Cash value adalah antara kenapa orang Cina suka ambil insurans. Sebab dengan bayaran sekitar RM100-RM200 sebulan, dia akan dapat insurans dan simpanan jangka masa panjang untuk anak dan family dia sekitar RM20,000 hingga RM50,000++ setiap seorang. Dan duit ni boleh dikeluarkan bila-bila masa. Kalau agent minta % dari duit tu memang sah dia menipu sebab duit tu 100% anda punya.
Ingin sekali aku tekan kan bahawa dalam Insurans, tak ada nilai dan benefits yang tetap. Maksudnya, setiap orang mungkin tidak akan mendapat benefits yang sama. Setiap benefits boleh ditambah, diubah nilai dan dibuang terus untuk merendahkan amount yang perlu korang bayar setiap bulan. Ia jugak diubah untuk fit with your needs. Minimum standard plan berkualiti adalah RM100. But how about maximum? Nahh. You can make to RM1000 if you want to.
Harga Insurans yang perlu korang bayar setiap bulan bergantung kepada:
Umur korang. - Semakin muda korang, semakin sikit korang perlu bayar dan semakin tinggi perlindungan yang korang dapat. Thats why lah masa paling sesuai untuk ambil insurans Takaful adalah ketika masih bayi. harga amat rendah.
Pekerjaan korang. - Kalau pekerjaan bahaya, bayaran bulanan will be slightly higher. Around RM30-50++ higher.
Tahap kesihatan korang - 99% chance anda tak boleh apply insurans jika anda ada kanser dan penyakit kronik.
Lifestyle - Merokok ataupun tidak. Biasa minum arak ataupun tidak. Slightly higher RM required kalau merokok. Tp slightly je la.
Benefits dan Plan yang korang ambil. -More benefits + higher cover value = Higher payment. An Insurans Agent could manipulate this easily and causes you to pay higher amount of money.
Setiap benefits dan harga adalahcomputer generated. Kalau korang nampak agent korang terus bagi nilai bayaran yang tinggi serta merta, memang ada kemungkinan la yang dia menipu dengan menyuruh anda bayar lebih dari apa harga dan benfits yang anda perlukan.
Dia atas adalah contoh satu plan Takaful untuk seorang gadis comel berumur 25 tahun. Dengan Plan B - RM180 satu bulan, dia akan cool dan tak perlu risau jika...
- Dia accident serta perlu bayar bill wards, perubatan serta hospital. - Semuanya di tanggung.
- Dia sakit dan tak boleh kerja. Bila tak boleh kerja, tak ada duit nak bayar bil, tengok wayang, shopping dan belanja pakwe makan. - Untuk setiap hari dia tidak dapat ke kerja (MC), dia akan dibayar RM100 perday.
- Dia terkena penyakit yang perlukan kos berlarutan sepanjang hidup. Contohnya penyakit kidney dan perlu menjalani dialysis 3 hari seminggu for the rest of her life. - Semua bill dialysis etc di tanggung, sehingga dia masuk kubur or berhenti insurans.
- Dia mengalami penyakit kritikal seperti Sakit Jantung, Stroke, Kanser etc. Once dia di-diagnose terkena apa-apa penyakit kritikal (Even stage permulaan), dia akan dibayar secara pukal. In this case, dia akan terus dapat RM50,000 untuk kegunaan sendiri. Dan ini tidak termasuk kos rawatan. Lain-lain bill dan kos rawatan dan kos susulan, insurans akan bayar pakai duit lain. No hal. Kecacatan, putus kaki, tangan, buta dan sebagainya juga akan ditanggung.
- Perlukan duit yang banyak. Setiap linked Takaful / insurans, akan ada Cash Value. In this case, dia akan dapat sekitar RM25k-40k. Kalau pasaran baik, boleh cecah RM50k selepas 30 tahun.
If monthly payment anda adalah around RM200 dan ke atas, then I would like to say that you got your life almost fully covered with money and easiness.
Most Asked Question berkenaan Takaful dan Insurans.
Adakah Insurans Hukum-nya haram di dalam Islam?
Ya, ianya Haram. Haram dari segi riba, judi dan sebagainya. Tetapi tidak Takaful. Sebab itu ramai Agent Insurans beragama Islam hanya menjual Takaful.
Banyak kes penipuan dalam Insurans dan Takaful. Apa komen kau?
Penipuan yang berlaku tidak berkait dengan company. Setiap company insurans di Malaysia di pantau oleh Bank Negara Malaysia dan lain-lain badan pertubuhan. Penipuan yang berlaku adalah dari agen Insurans yang menipu itu sendiri. Sebenarnya, adalah satu kesalahan dari segi undang-undang Malaysia jika Agen Insurans anda tidak memberitahu perkara-perkara penting sebelum anda sign borang daftar insurans. Dan, ianya juga satu kewajipan untuk agen Insurans menjawab setiap soalan anda. Dan jawab pula, kena jujur serta tak boleh berbelit-belit. Know your rights.
Company Insurans yang mana boleh provide insurans (Takaful) terbaik?
Tak ada. Semua company Insurans di Malaysia adalah sama. Kalau beza pun, dalam Rm1-2 ringgit kot. Tapi rasanya tidak ada beza sebab semuanya di bawah 'satu bumbung'.
Apa pelan insurans terbaik yang boleh dibeli?
Tak ada istilah "Pelan Terbaik" sebab setiap pelan akan diconstruct based on diri anda. Bergantung jika anda nak focus kepada perlidungan accident ke, perlindungan kewangan ke, long term saving ke atau sebagainya. Pelan akan di-construct based on apa yang anda nak, dan bajet anda.
Mana bagus, simpanan ASB atau Cash Value Insurans Takaful?
Dua-dua ada kelebihan masing-masing. Setiap tahun anda boleh dapat deviden yang amat tinggi dari ASB while insurans hanyalah bergantung kepada Cash Value. Itu pun kena tunggu bertahun-tahun baru boleh cecah more than RM10,000. Cuma, kalau anda accident atau terkena penyakit kronik, ASB tak akan dapat membantu bayar RM50,000 untuk satu pembendahan.
Pernah tak korang tengok iklan seumpama ini:
"Kami perlukan sumbangan RM50,000 segera untuk membantu bayar kos pembedahan anak kami yang dalam keadaan kritikal di ICU".
"Satu keluarga merempat setelah kematian suami dan hilang punca rezeki"
"Bayi 3 tahun mengalami kompilasi jantung dan perlukan sumbangan iklas RM40,000 dengan segera."
Well, anda tak akan perlukan iklan dan berita macam tu kalau anda ada insurans. Jika anda masuk hospital disebabkan accident atau apa-apa jangkitan dan penyakit etc, just tunjukkan Medical Card dan serta merta anda akan di-proceed untuk rawatan / pembedahan. Insurans untuk kehilangan punca rezeki pun ada kalau anda mahu.
Based on pelan B Gadis Comel, kalau aku ambil insurans pastu setiap tahun aku masuk hospital, macam mana?
Pelan dia memperuntukan RM50,000 setiap tahun. Maksudnya, setiap tahun anda ada 'simpanan' RM50,000 yang boleh digunakan untuk bayar bil perubatan / hospital je. Tak boleh guna untuk joli. Kalau RM50,000 tu dah habis dan nak guna lagi, dia boleh 'renew'. Tapi kena up harga sikit.
Merujuk kepada pelan Gadis Comel, apa yang akan berlaku jika dia mati ketika accident?
Anak / Waris dia akan mendapat RM50,000 + RM50,000 = RM100,000.
Ada kemungkinan tak insurans tidak cover?
Ada.
Jenayah
Andai kata anda accident ketika lari dari polis setelah kantoi mencuri, itu tidak di cover. Tapi jika anda mati ketika accident tu, ada kemungkinan anda akan dapat pampasan. Dan, andai kata anda bunuh diri kurang dari 7 tahun selepas membeli insurans, ada kemungkinan anda juga tidak akan mendapat pampasan.
Polisi Lapsed
Andai kata anda tidak membayar premium (RM) bulanan anda, serta merta anda tidak dicover oleh insurans. Sebenarnya, a good agent akan sentiasa mengingatkan anda untuk membayar Insurans setiap bulan kalau client masih belum bayar. But a super good agent akan bayarkan dulu kemudian tunjukan Official Receipt tu kat korang untuk claim dari korang.
Tidak Berkait
Antara bayaran lain yang tak dicover adalah jika ianya request dari anda. Contohnya, korang accident. Kemudian korang minta ubat untuk sakit selesema. Itu MUNGKIN tidak di cover. Untuk sebarang pembedahan kosmetik yang tidak berkaitan dengan kemalangan juga tidak dicover.
Tidak Berkait 2.
Andai kata time drive nak pergi clubbing dengan pakwe makwe bergaya, malaikat datang cabut nyawa anda. Selepas mati tu, kereta tidak dikawal dan anda terus accident Kalau ada forensik dapat buktikan anda mati sebelum accident, keluarga anda akan dapat pampasan kematian je.
Tidak Inform Pihak Insurans.
Misalkata sebelum ni anda kerja sebagai Guru. Kemudian anda tukar profession anda sebagai Pilot tanpa bagi tahu pihak Insurans. Kemudian, kapal terbang yang anda pandu tu terhempas dan anda cedera teruk, anda tidak akan mendapat pampasan. Kalau mati, hanya dapat pampasan kematian je. Pampasan kemalangan tidak akan dapat.
Boleh tak claim insurans kalau kat klinik je tanpa masuk ward?
Tak boleh. Syaratnya adalah masuk ward lebih enam jam dan bermalam (Kalau tak silap. Tapi enam jam tu memang sure). Melainkan, anda tambah benefits yang yang membolehkan anda claim bil klinik. Mungkin kena tambah dalam RM20-RM30 dan ke atas.
Abis tu, rugi la kalau sakit teruk-teruk tak boleh claim?
Sebenarnya, segala bill 30 hari sebelum masuk ward dan 90 hari selepas masuk ward untuk satu kes utama, boleh di claim balik.
Sebagai contoh:
- Anda pergi klinik untuk check sakit kepala. X-ray bagai. Kena RM500 ringgit. - Anda tak boleh claim.
- Next week, sakit makin teruk, anda pergi lagi klinik tu. Doktor bagi rawatan power. Kena RM1500 - Anda tak boleh claim.
- Jumlah bill RM2000
- Another next week, sakit kepala makin teruk. Anda pergi hospital, doktor kata "Teruk sangat dah ni dik." Kemudian doktor suruh anda masuk ward.
- Once korang masuk ward, semua bill klinik etc (in this case RM2000, boleh di-claim). Dengan syarat, ianya berkait dengan sakit anda masuk ward. Jangan la korang masuk ward sebab sakit jantung tapi korang pi claim sakit mata. Memang nak kena ah tu.
- Dan semua bill di hospital tu dibayar directly oleh syarikat insurans. Anda MUNGKIN perlu bayar diposit terlebih dahulu kepada hospital swasta yang kemudiannya boleh diclaim balik.
Apa sebenarnya tugas Agent Insurans.
The truth is, fungsi agen Insurans adalah jaga anda. Dia akan buat semua benda untuk dapatkan apa yang anda nak dengan menggunakan Insurance. Contohnya, dia nak keluarkan RM10,000 dari polisi dia; semua borang dan kelengkapan adalah tugas agen untuk sediakan, dan sumbit sehingga anda dapat cheque.
Jika hari ni aku beli insurans, selepas tu esok lusa aku mati accident, adakah anak / keluarga aku akan dapat RM100,000 tu?
Ya jika ianya telah di approved dan dah diregister didalam sistem. Tapi aku tak rasa anda akan beli insurans because of this. Sebab orang Melayu akan kata
"Aku dah mati, duit tu bukan dapat kat aku pun. Family aku yang dapat. So buat apa aku ambil insurans nyawa?"
Berbeza dengan bangsa lain yang memang tak nak anak, isteri dan keluarga dia merempat andai kata dia mati / lumpuh etc. Sadly, tak ramai ketua keluarga beragama Islam berfikiran macam ni. Mostly akan berfikir pasal diri dia je. That's the truth.
Tapi sebenarnya, orang di Malaysia beli insurans untuk saving dan perlindungan kesihatan. Sebab kos rawatan di hospital swasta amat mahal.
So, kalau aku tak sakit dan tak claim apa-apa sampai tua, rugi lah aku.
Sebenarnya tidak, apa yang anda bayar, anda akan dapat balik termasuk dengan pelaburan dan saving (EDIT: Maybe not 100% - I will confirm this later) Ini anda akan dapat setelah tamat kontrak insurans. Dan jika anda dah pernah buat apa-apa withrawal dari Cash Value, baki yang masih belum di keluarkan akan di tukarkan ke bentuk cheque dan diberikan kepada anda. Dengan kata lain, jumlah Maturity cheque adalah lebih banyak dari jumpa overall yang anda bayar secara keseluruhan.
Dengan kata lain, duit anda tetap anda dapat. Tak ada unsur riba, judi dan sebagainya.
Credit to http://theotherkhairul.blogspot.com/2013/02/apa-itu-insurans-takaful-dan-bagaimana.html?m=1
Suka baca ayat beliau, walaupun agak kasar tetapi tetap bermanfaat Kepada kita semua...
So bagaimana? Anda rasa sudah terjawab segala persoalan? BERTINDAK SEGERA UNTUK MENDAPATKAN PERLINDUNGAN SEKARANG...!!!! X PERLU NAK COMPARE BAGAI, basically semua Nya sama saja kerana dibawah satu bumbung. Yang penting Anda perlu mencari agent yang fulltime dan Betul2 committed pada Kerja... ☺️☺️☺️
Jangan susah kan benda yang mudah...
Plan TERBAIK Dari Great Eastern Takaful
iGreat Damai . Comprehensive plan yang ditawarkan kepada anda. ALL IN ONE!!!!
- Pampasan Kematian (Natural)
- Pampasan Kematian (Kemalangan)
- Pampasan Cacat Kekal (TPD)
- Pampasan Kemalangan
- Pampasan Penyakit Kritikal
- Kad Perubatan
- Simpanan percuma jika berlaku TPD ATAU PENYAKIT KRITIKAL
- Simpanan dan Pelaburan untuk PENCEN
No comments:
Post a Comment