Tuesday, January 2, 2018

Apa Yang Anda Perlu Ingat Mengenai Polisi Anda


APA YANG ANDA PERLU INGAT MENGENAI POLISI ANDA:
  1. Sebelum melaburkan wang ke dalam pelan berkaitan pelaburan, fikirkan risiko yang anda mahu dan sanggup hadapi.
  2. Pastikan anda benar-benar faham risiko yang terlibat dan bersedia untuk wang anda terikat untuk tempoh tertentu.
  3. Dapatkan nasihat profesional daripada syarikat insurans atau ejen insurans tentang risiko dan manfaat sesuatu pelan insurans berkaitan pelaburan.
  4. Baca dengan teliti semua maklumat yang disediakan. Jangan teragak-agak untuk meminta penjelasan terhadap terma-terma jika perlu.
  5. Anda mempunyai tempoh 15 hari untuk membuat keputusan sama ada anda ingin meneruskan dengan pelan insurans berkaitan pelaburan anda. Jika anda ingin menarik diri daripada pelan tersebut di dalam tempoh itu, syarikat insurans anda akan memulangkan sepenuhnya sebarang fi dan caj yang anda bayar. Walau bagaimanapun, jumlah yang dipulangkan itu mungkin lebih atau kurang daripada apa yang anda bayar, bergantung kepada harga unit pada masa pembatalan.


No comments: