Thursday, June 27, 2019

i - Great Jannah


Ini adalah kisah anda. Ia mengenai anda menguruskan kehidupan. Anda sedar bahawa hidup mempunyai naik turun, dan anda mahu bersedia menghadapinya.

Pandanglah anak-anak anda, dan anda tahu bahawa anda perlu melakukan sebaiknya supaya mereka dapat mengecapi impian mereka serta melakar kehidupan
mereka sendiri.

Oleh itu, teruskanlah niat anda dan lakukannya untuk mereka yang anda sayangi, sama ada untuk anak-anak anda, surau di seberang jalan ataupun rumah orang-orang tua yang sekali sekala anda beri sumbangan. Walaupun tidak seberapa tetapi berterusan serta bermakna, itulah amalan yang berkekalan sepanjang zaman.


Manfaat-manfaat Utama


Tempoh Perlindungan Fleksibel
Pilih tempoh perlindungan anda bermula dari 5 tahun atau sehingga anda mencapai umur 99 tahun lahir berikutnya.


Tempoh Pembayaran Caruman
Pilih di antara 5, 10 atau 20 tahun atau sepanjang tempoh perlindungan.


Hibah Manfaat Takaful Anda
Buat persediaan untuk waris dan/atau organisasi amal pilihan anda.


🔘 Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
- Selain Manfaat Kematian, waris anda akan menerima sehingga 300% daripada Jumlah Perlindungan Asas sekiranya kematian disebabkan oleh kemalangan.

🔘 Tingkatkan Perlindungan Anda
- Jika anda ingin tambah perlindungan untuk penyakit kritikal atau perubatan, anda juga boleh sertai:
  • i-Critical Care Term Rider
  • i-Great MediMax (Dapatkan diskaun 5% untuk caruman bulanan i-Great MediMax sekiranya anda mendaftar untuk i-Great Jannah)


🔘 Manfaat Ihsan
- Waris anda akan menerima sejumlah RM2,000 dari Dana Tabarru’ sekiranya anda meninggal dunia.



Dapatkan Pelan Ini, Hubungi Saya Sekarang!




NOTA DAN PENAFIAN:
Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh peroduk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Perunding Great Eastern Takaful anda.

NOTIS PENTING
  1. i-Great Jannah merupakan pelan Takaful Keluarga (bertempoh) dengan caruman berkala yang mennyediakan manfaat-manfaat perlindungan Takaful Keluarga.
  2. Caruman dibayar berdasarkan terma caruman – bertempoh atau sepanjang tempoh perlindungan,atau disebabkan kematian, yang mana terdahulu. Caruman hendaklah dibayar secara berkala bagi memastikan PIA adalah cukup untuk menampung perlindungan anda pada setiap masa.
  3. Anda seharusnya berpuas hati bahawa pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah sijil ini adalah jumlah yang anda mampu bayar.
  4. “Tempoh rujukan percuma” selama 15 hari daripada tarikh anda menerima sijil diberikan kepada anda untuk meneliti kesesuaian pelan. Jika sijil ini dikembalikan kepada Pengendali Takaful dalam tempoh ini, Pengendali Takaful akan mengembalikan suatu jumlah yang bersamaan dengan sebarang caruman yang tidak diperuntukkan.
  5. Anda boleh menerima baki jumlah di dalam PIA (jika ada) apabila pelan ditamatkan atau telah matang, yang mungkin akan kurang daripada jumlah caruman yang diperuntukkan ke dalam PIA. Tiada manfaat akan dibayar dari Dana Tabarru’.
  6. Jumlah di dalam PIA adalah berdasarkan prestasi sebenar dana dan tidak dijamin. Risiko pelaburan di bawah pelan ini akan ditanggung oleh anda dan jumlah PIA mungkin berkurangan daripada jumlah caruman yang dicarum ke dalam dana.
  7. Jika anda menyerahkan sijil anda pada tahun yang awal, anda mungkin akan dapat kurang daripada jumlah yang anda telah bayar.
  8. Jika sijil anda beralih daripada satu Pengendali Takaful kepada yang lain atau anda mengganti sijil semasa anda dengan sijil lain dengan Pengendali Takaful yang sama, anda mungkin perlu menghantar permohonan di mana penerimaan cadangan anda adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan pada masa penukaran atau penggantian.

PENAFIAN
Maklumat ini hanyalah untuk pemberitahuan am sahaja. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri-ciri dan manfaat-manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini.

No comments: