Wednesday, June 19, 2019

Insuran Perubatan Dan Kesihatan


Insurans Perubatan Dan Kesihatan (IPK) ialah satu polisi yang melindungi  kos rawatan perubatan swasta yang mungkin mahal, seperti kos kemasukan ke hospital dan pembedahan. Polisi insurans ini juga memastikan anda tidak perlu bimbang mengenai kos bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Selain itu, IPK juga membayar anda sejumlah wang tertentu semasa anda menjalani rawatan.


JENIS-JENIS POLISI UTAMA 




1. INSURANS HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN

  • Menampung perbelanjaan kemasukan ke hospital dan pembedahan yang ditanggung disebabkan penyakit yang dilindungi di bawah polisi.


       

2. INSURANS PENYAKIT YANG AMAT DITAKUTI ATAU PENYAKIT KRITIKAL

  • Menyediakan pembayaran manfaat secara sekaligus apabila anda didiagnosis menghadapi mana-mana 36 penyakit yang amat ditakuti atau penyakit-penyakit yang telah ditetapkan.


3. INSURANS PENDAPATAN AKIBAT HILANG UPAYA

  • Menyediakan sumber pendapatan yang berterusan apabila anda tidak lagi dapat bekerja akibat sakit atau cedera.


4. INSURANS PENDAPATAN HOSPITAL

  • Membayar anda sejumlah wang tertentu secara harian, mingguan atau bulanan, tertakluk kepada had tahunan, sekiranya anda perlu tinggal di hospital kerana penyakit yang dilindungi, tidak sihat atau cedera.


MEMILIH POLISI IPK

Syarikat insurans menawarkan polisi IPK kepada anda sama ada secara berasingan ataupun bergabung. Apabila memilih polisi, sentiasalah :-
  1. Buat pilihan yang bijak sebelum membeli. Buat perbandingan ke atas polisi yang ditawarkan oleh syarikat insurans yang lain terlebih dahulu sebelum membeli.
  2. Beli polisi yang benar-benar sesuai dengan keperluan anda.
  3. Tentukan terlebih dahulu sama ada anda mampu membayar premium. Jangan beli lebih daripada apa yang anda mampu.
  4. Ambil masa untuk berbincang dengan pihak syarikat atau ejen insurans anda. Dapatkan kad perniagaan ejen insurans yang mempunyai nama ejen, syarikat, alamat dan nombor telefon. Maklumat ini penting sekiranya anda ingin membuat sebarang pertanyaan, memperbaharui atau membuat tuntutan kelak.
  5. Faham terma dan syarat polisi serta skop perlindungan yang ditawarkan.
  6. Baca kontrak polisi dengan teliti. 
     

No comments: