Tuesday, July 2, 2019

APA YANG ANDA PERLU TAHU: POLISI PENDIDIKAN ANAK


Pelan pendidikan anak ialah produk insurans hayat yang direka khusus sebagai satu cara menabung untuk menyediakan sejumlah wang apabila anak anda mencapai umur untuk memasuki kolej (18 tahun dan ke atas).


🔘 TAHAP PERLINDUNGAN YANG DIPERLUKAN

Langkah pertama dalam menentukan amaun perlindungan polisi pendidikan anak adalah dengan menetapkan matlamat anda. Apakah matlamat anda berhubung dengan pendidikan anak anda? Berikut ialah beberapa faktor yang mungkin perlu anda pertimbangkan apabila menentukan tahap perlindungan:-

Tempat Belajar?
Luar negeri atau tempatan? Sekiranya di luar negara, negara manakah yang dipilih dan kos sara hidup yang berkaitan?

Universiti Yang Dipilih?
Kos memasuki universiti yang lebih terkemuka biasanya lebih mahal.

Jangka Masa Pengajian?
Tempoh yang lebih panjang akan melibatkan lebih perbelanjaan.

Tahap Kelayakan?
Diploma, ijazah atau lebih tinggi? Doktor falsafah mungkin?

Bidang Pengajian?
Sesetengah kursus memerlukan kos yang lebih tinggi berbanding kursus lain.

Dengan mengkaji faktor-faktor di atas, anda dapat membuat anggaran kos yang dijangkakan. Sebagai panduan, anda boleh mengira anggaran jumlah yang diperlukan dengan:




Memandangkan kos pendidikan akan ditanggung pada masa hadapan, anda juga perlu mengambil kira inflasi. 

Setelah mengambil kira inflasi, amaun yang anda perlukan mungkin di luar kemampuan anda. Walau bagaimanapun, anda boleh mengatasi masalah itu melalui simpanan dan pelaburan bijak, di mana pulangan daripada simpanan atau pelaburan yang bertambah dari setahun ke setahun boleh membantu anda membiayai impian pendidikan anak anda.


Walau bagaimanapun, anda tidak perlu bimbang kerana sekiranya anda menyimpan wang secara bijak melalui pelan simpanan atau pelaburan, pulangan daripada pelaburan atau simpanan itu boleh dikumpul dalam jangka masa beberapa tahun untuk membantu anda membiayai kos pendidikan itu.



🔘 APAKAH JENIS POLISI YANG PATUT ANDA BELI?

Jenis polisi yang anda beli bergantung pada matlamat anda dan toleransi anda terhadap risiko. Sebelum anda membeli sesuatu polisi, pastikan ejen anda menjalankan proses penilaian berdasarkan fakta untuk membantu menentukan polisi yang paling sesuai dengan keperluan dan kemampuan kewangan anda.

Penting bagi anda untuk memilih polisi yang membolehkan anda mendapatkan akses kepada dana apabila diperlukan, iaitu polisi akan matang apabila anak anda memulakan pengajian tinggi, atau polisi membolehkan anda menerima sebahagian daripada manfaat insurans sebelum polisi matang, sekiranya perlu.


🔘 TIP-TIP UNTUK MEMBELI POLISI PENDIDIKAN ANAK

Pastikan Anda Memilih Rider Manfaat Pembayar

  • Pilih polisi yang mengecualikan bayaran premium sekiranya ibu bapa/ penjaga yang sah tidak lagi berupaya membayar premium polisi tersebut akibat berlaku peristiwa seperti kematian yang tidak dijangka, didiagnosis berpenyakit kritikal atau hilang upaya menyeluruh dan kekal. Dengan memilih rider manfaat pembayar, dana pendidikan anak anda akan terjamin sekiranya sesuatu berlaku ke atas anda sebagai ibu bapa/penjaga yang sah.
Pantau Dana
  • Setelah membeli sesuatu polisi, anda perlu memantaunya bagi memastikan anda akan dapat mencapai matlamat anda. Perlu diingat bahawa pulangan sebenar yang diisytiharkan oleh syarikat insurans mungkin berbeza daripada ilustrasi awal (terutamanya bagi polisi sertaan dan polisi berkaitan pelaburan) berikutan perubahan dalam pasaran kewangan. Anda juga mungkin mendapati bahawa kos sebenar pendidikan tinggi mungkin berbeza kerana kursus yang anak anda pilih berbeza daripada perancangan awal, atau sekiranya pendidikan di luar negara dipilih, kadar pertukaran mata wang mungkin turun atau naik. Seandainya berlaku kekurangan dana yang diperlukan, sesetengah polisi memperuntukkan manfaat tambahan dalam bentuk pinjaman pengajian.
Semak sama ada Polisi Itu Layak Mendapat Insentif Cukai
  • Satu daripada manfaat menggunakan insurans hayat sebagai alat tabungan untuk polisi pendidikan anak ialah manfaat cukai. Manfaat kewangan insurans adalah bebas cukai dan anda juga boleh mendapat pelepasan cukai tahunan sehingga RM3,000 bagi bayaran premium insurans pendidikan, tertakluk kepada kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
  • Untuk layak mendapat pelepasan cukai, pelan pendidikan perlu dibeli oleh ibu bapa/penjaga yang sah dan mesti matang apabila anak mencapai umur antara 13 hingga 25 tahun. Juga penting bagi anda untuk memilih rider manfaat pembayar sepanjang tempoh polisi.
Pastikan Anda Mampu Membayar Premium
  • Menabung melalui insurans mendisiplinkan seseorang untuk terus memperuntukkan sejumlah wang secara tetap tahun demi tahun. Ia merupakan proses jangka panjang, dan dengan yang demikian anda perlu realistik apabila membuat anggaran jumlah premium yang anda mampu bayar berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan semasa anda. Sekiranya anda bermula dengan amaun yang lebih besar daripada kemampuan anda, anda mungkin terpaksa menamatkan polisi lebih awal dan menanggung kerugian kewangan. Oleh itu, sekiranya anda tidak mampu membayar banyak pada masa sekarang, mulakan dengan amaun yang kecil.
Jangan Tambah Perlindungan Yang Tidak Perlu
  • Banyak polisi pendidikan juga menawarkan tambahan perlindungan insurans seperti insurans perubatan hospital dan pembedahan, atau perlindungan penyakit kritikal. Berhati-hati dengan tambahan terlalu banyak perlindungan insurans kerana kos itu akan mengurangkan amaun simpanan.
  • Tambahan lagi, harus diingat bahawa anda menginsuranskan hayat anak anda, dan beberapa perlindungan seperti penyakit kritikal mungkin tidak penting kerana kemungkinan menghidap penyakit sedemikian di kalangan kanak-kanak adalah kecil.

🔘 TUNTUTAN ANDA

Untuk maklumat terperinci tentang bagaimana anda atau benifisiari anda boleh menuntut polisi pendidikan anak anda, hubungi syarikat insurans anda atau ejen mereka.


Pihak syarikat insurans boleh membantu anda untuk menentukan proses yang perlu dilalui dan memberi nasihat berkenaan pilihan yang ada untuk anda.

Dapatkan Pelan Anda Sekarang!

No comments: