Thursday, April 16, 2020

i - Great Wawasan

Perlindungan Yang Tinggi Dengan Jangka Masa Panjang Bagi Gaya Hidup Eksklusif Anda.
Pilih tempoh pembayaran caruman dari 5, 10, 20 tahun atau sepanjang tempoh perlindungan dan nikmati perlindungan jangka panjang untuk 60, 80 atau 100 tahun agar anda dan orang yang tersayang dapat menjalani kehidupan sepenuhnya.

Manfaat-manfaat Utama
 

 Jumlah Perlindungan yang tinggi bermula dari RM500,000
Dapatkan perlindungan dengan Jumlah Perlindungan yang tinggi bermula dari RM500,000 dengan pembayaran manfaat sehingga 400% daripada Jumlah Perlindungan Asas.


Perlindungan Lanjutan Automatik
Nikmati perlindungan berterusan dengan Perlindungan Lanjutan Automatik untuk tambahan selang 20 tahun selepas matang sehingga umur 80 dan seterusnya umur 100 tahun hari lahir berikutnya. Caruman tambahan akan diperlukan semasa lanjutan tempoh perlindungan.


Kemudahan Tidak Luput
i-Great Wawasan disertakan bersama Kemudahan Tidak Luput pada tempoh enam tahun pertama sijil. Kemudahan yang berharga ini memastikan Sijil anda akan terus berkuat kuasa walaupun jumlah nilai di dalam Akaun Unit Peserta anda menjadi sifar, selagi caruman dibayar secara konsisten pada setiap tarikh caruman perlu dibayar atau semasa tempoh tenggang dan tiada penarikan balik unit/serahan tidak menyeluruh dibuat dalam masa enam tahun pertama Sijil.


Kematian semasa menunaikan Haji/Umrah
Sekiranya berlaku kematian pada Orang Yang Dilindungi semasa menunaikan Haji atau Umrah dan bukan disebabkan oleh kemalangan, sebuah jumlah tambahan sebanyak seratus peratus (100%) daripada Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar sebagai tambahan ke atas Manfaat Kematian.


Bagaimanakah i-Great Wawasan berfungsi?



Dapatkan Pelan Ini, Hubungi Saya Sekarang!





NOTA DAN PENAFIAN:
Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh peroduk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Perunding Great Eastern Takaful anda.

NOTIS PENTING

1. i-Great Wawasan adalah Pelan Takaful Keluarga berkaitan pelaburan dengan caruman berkala yang terhad yang menyediakan perlindungan apabila berlaku Kematian atau Hilang Upaya Penuh dan Kekal kepada Orang Yang Dilindungi. Pelan ini adalah produk Takaful Keluarga yang dikaitkan dengan prestasi aset, dan bukan produk pelaburan seperti unit amanah.

2. Umur merujuk kepada umur hari lahir berikutnya.

3. Caruman dibayar berdasarkan terma caruman – bertempoh atau sepanjang tempoh perlindungan, atau sehingga kematian atau HUPK ke atas Orang yang Dilindungi, atau sehingga penamatan Sijil ini, yang mana terdahulu. Caruman baharu akan dikenakan selepas pengaktifan Perlindungan Lanjutan Automatik.

4. Anda boleh berhenti membayar caruman dan masih menikmati perlindungan selagi terdapat jumlah yang mencukupi di dalam Akaun Unit Peserta untuk membayar Tabarru’ dan Caj Perkhidmatan, jika berkenaan. Walau bagaimanapun, anda tidak akan dapat menikmati Kemudahan Tidak Luput sekiranya anda berhenti membayar caruman sewaktu 6 tahun pertama Sijil.

5. Anda seharusnya yakin bahawa pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan caruman yang dibayar di bawah Sijil ini adalah jumlah yang anda mampu bayar.

6. “Tempoh Rujukan Percuma” selama 15 hari daripada tarikh anda menerima Sijil diberikan kepada anda untuk menliti kesesuaian pelan. Jika Sijil ini dikembalikan kepada kami dalam tempoh ini, kami akan mengembalikan suatu amaun yang bersamaan dengan jumlah caruman yang dibayar bersamaan:
i. sebarang caruman yang tidak diperuntukkan;
ii. jumlah nilai di dalam Akaun Unit Peserta (jika ada) Sijil ini; dan
iii.sebarang Tabarru’ dan Caj Perkhidmatan yang telah dipotong, ditolak sebarang perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan perubatan, yang mana Sijil itu hendaklah dianggap terbatal dan liabiliti kami terhenti.

7. Anda boleh menerima baki jumlah di dalam Akaun Unit Peserta (jika ada) apabila pelan ditamatkan atau telah matang, yang mungkin akan berkurang daripada jumlah caruman yang diperuntukkan ke dalam Akaun Unit Peserta. Tiada manfaat akan dibayar daripada Dana Tabarru’.

8. Jumlah di dalam Akaun Unit Peserta adalah berdasarkan prestasi sebenar dana dan tidak dijamin. Risiko peaburan di bawah pelan ini akan ditanggung oleh anda dan jumlah Akaun Unit Peserta mungkin berkurangan daripada jumlah caruman yang dicarum ke dalam dana. Terdapat kemungkinan Sijil menjadi luput apabila caj yang dikenakan (termasuk Tabarru'), melebihi jumlah nilai di dalam Akaun Unit Peserta. Kelestarian pelan ini bergantung kepada prestasi dana pendasar.

9. Menyertai sebuah pelan Takaful Keluarga adalah satu komitmen kewangan jangka panjang. Nilai tunai terkumpul yang anda mungkin perolehi sekiranya anda menamatkan Sijil sebelum tempoh matang akan berjumlah jauh lebih rendah daripada jumlah caruman yang telah anda bayar.

10. Jika Sijil anda beralih daripada satu Pengendali Takaful kepada yang lain atau anda mengganti Sijil semasa anda dengan Sijil lain dengan Pengendali Takaful yang sama, anda mungkin perlu menghantar permohonan di mana penerimaan cadangan anda adalah tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan pada masa penukaran atau penggantian.

PENAFIAN

Risalah ini adalah untuk maklumat am sahaja dan bukanlah satu kontrak Takaful Keluarga yang mengikat. Anda dinasihatkan untuk merujuk Ilustrasi Manfaat, Risalah Pemberitahuan Produk dan contoh Sijil bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan ciri penting dan manfaat pelan sebelum menyertai pelan ini. Sila rujuk Lembaran Fakta Dana untuk maklumat lanjut mengenai 3 unit dana.

No comments: