Ramai yang mempunyai perlindungan insurans atau takaful untuk kereta atau rumah mereka. Lazimnya, kereta dan rumah diinsuranskan kerana pemilik tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku ke atas harta benda ini. Tetapi mengapa masih ramai yang tidak melindungi diri dan keluarga seperti melindungi harta benda mereka?
Kita sering
beranggapan sesuatu perkara yang buruk tidak akan menimpa kita. Hakikatnya,
kehidupan bukanlah sesuatu yang boleh diramal. Insurans dan takaful mungkin
tidak dapat menjamin masa depan yang cerah untuk anda, tetapi
sekurang-kurangnya perlindungan dan bantuan yang diperlukan anda dan keluarga
dijamin ketika anda memerlukannya.
◎ LANGKAH 1: RANCANG
S Apakah polisi yang
anda miliki? Sudahkah anda membeli polisi insurans untuk diri anda? Adakah
majikan anda menyediakan insurans hayat dan perubatan untuk anda? Bagaimana
dengan keluarga anda? Isteri atau suami anda? Anak-anak anda? Adakah mereka
dilindungi?
J Jika anda menjawab
tidak, inilah masanya untuk anda merancang langkah seterusnya dengan teliti.
Nilai sejauh mana anda dilindungi sekarang dan apa yang anda perlu lindungi.
◎ LANGKAH 2: LAKSANAKAN
Sebelum anda membeli
polisi insurans atau pelan takaful selidik dan ketahui lebih lanjut tentang
produk insurans dan takaful yang ada di pasaran. Bukan semua polisi atau pelan
sesuai untuk anda. Polisi-polisi atau pelan-pelan yang berbeza menawarkan ciri-ciri,
manfaat, syarat-syarat dan pengecualian yang berbeza.
Kaji
terlebih dahulu polisi atau pelan yang ingin dibeli agar bersesuaian dengan
keperluan dan peringkat hidup anda. Lindungi diri anda.
Lindungi mereka yang tersayang dan pastikan pelaburan anda untuk perlindungan
ini berbaloi.
◎ BOLEHKAN KELUARGA ANDA MENERUSKAN HIDUP TANPA ANDA?
Kehidupan
kita di dunia adalah singkat. Mungkin anda telah memastikan keluarga anda
terpelihara jika anda pergi dahulu, tapi adakah ia mencukupi? Insurans hayat dan pelan takaful keluarga dapat menjamin daripada segi kewangan dan
boleh memberi mereka perlindungan kewangan tambahan untuk meneruskan kehidupan
setelah anda tiada. Dan dengan polisi seperti insurans berkaitan pelaburan dan
pelan pendidikan anak, keluarga anda pasti akan mendapat perlindungan
menyeluruh.
◎ ADAKAH AHLI KELUARGA ANDA MEMERLUKAN RAWATAN PERUBATAN?
Kecederaan
boleh berlaku dan penyakit boleh menyerang tanpa sebarang amaran. Rawatan yang
tepat dan cepat merupakan antara cara yang terbaik untuk memastikan kecederaan
atau penyakit yang dialami tidak memudaratkan. Dengan kos perubatan moden yang
semakin meningkat, mendapatkan rawatan yang boleh menyelamatkan nyawa tidak
harus bergantung kepada simpanan atau wang tunai anda semata-mata. Pastikan kos
rawatan dan perubatan anda tidak menjadi masalah ketika anda memerlukannya
dengan insurans perubatan dan kesihatan atau takafulperubatan dan kesihatan.
◎ ADAKAH SIMPANAN ANDA CUKUP UNTUK KEHIDUPAN SELEPAS PERSARAAN?
Anda mungkin
menghitung hari sehingga anda boleh berehat dengan secukupnya di samping
keluarga. Walau bagaimanapun, dengan kadar inflasi kini, kadangkala wang
simpanan anda tidak dapat memenuhi keperluan anda.
Dengan
anuiti persaraan, anda boleh melabur wang anda untuk
kehidupan anda selepas bersara, agar wang yang anda perolehi sekarang boleh
digunakan dengan lebih bermakna kelak.
◎ ADAKAH RUMAH ANDA DILINDUNGI?
Rumah
anda merupakan tanggungjawab kewangan anda yang terbesar. Oleh itu, tidak
hairanlah jika anda mahu memastikan aset anda ini kekal selamat, daripada
bencana alam, kemalangan dan kecurian. Insurans perumahan dan takaful perumahan boleh menjamin rumah serta kelengkapan di
dalamnya selamat.
Sekiranya
anda mempunyai kenderaan bermotor atau motorsikal, anda wajib untuk membeli
insurans motor. Jadi, luangkan sedikit masa untuk memahami apa yang dilindungi
insurans motor dan takaful motor anda. Pastikan
bagaimana polisi tersebut melindungi kenderaan anda dan boleh membantu anda
ketika membaiki atau mendapatkan kembali kenderaan anda jika berlaku sebarang
kemalangan atau kecurian.
◎ ADAKAH ANDA SERING MELANCONG?
Ketika
berada di luar negara, pelbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku
seperti kehilangan pasport, kecederaan atau berlaku sesuatu yang lebih buruk.
Insurans perjalanan menjamin anda serta barangan milik
anda terpelihara. Insurans kemalangan diri atau takaful kemalangan diri,pula
menjamin perlindungan ke atas diri anda 24 jam seantero dunia, tidak kira di
mana anda berada.
No comments:
Post a Comment