Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.
- Insurans Perubatan Dan Kesihatan
- Anuiti Persaraan
- Insurans Perjalanan
- Insurans Empunya Rumah
- Insurans Berkaitan Pelaburan
- Insurans Hayat
- Insurans Kemalangan Diri
- Takaful Berkaitan Pelaburan
- Takaful Motor
- Takaful Perubatan Dan Kesihatan
- Takaful Kemalangan Diri
- Takaful Keluarga
- Takaful Empunya Rumah
Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.
Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip asas yang sama. Sebagai contoh, pemegang polisi (anda) mestilah mempunyai kepentingan yang sah terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan. Ini bermakna, anda akan menanggung kerugian kewangan sekiranya berlaku sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan.
Anda
tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi atau pelan untuk melindungi
harta anda. Sekiranya anda memiliki lebih daripada satu polisi, anda hanya
boleh membuat satu tuntutan jika sebarang kerugian atau kerosakan berlaku.
Jumlah yang boleh dibayar akan disumbangkan oleh syarikat-syarikat insurans
yang terlibat. Oleh itu, anda tidak boleh meraih keuntungan daripada polisi
insurans am atau pelan takaful. Sekiranya anda mengalami kerugian, syarikat
insurans akan membayar pampasan yang setimpal atau anda akan ditetakkan kepada
keadaan yang sama sebelum berlaku kerugian. Walau bagaimanapun, anda boleh
membeli lebih daripada satu polisi untuk melindungi hayat anda.
Kontrak
insurans atau takaful adalah atas prinsip penuh percaya mutlak . Oleh itu, anda
sebagai pemegang polisi atau pelan haruslah mendedahkan semua maklumat penting
yang diperlukan. Sekiranya anda gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi
atau pelan anda mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi ke atas
sebarang kerugian atau kerosakan.
Selain
itu, di bawah pelan takaful, anda boleh menikmati perkongsian lebihan daripada
dana takaful, berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui sekiranya anda tidak
membuat sebarang tuntutan sepanjang tahun tersebut.
DI
MANAKAH SAYA BOLEH DAPATKAN PRODUK
INSURANS ATAU TAKAFUL?
Anda
boleh membeli polisi insurans atau menyertai pelan takaful :-
- Secara terus daripada syarikat insurans atau pengendali takaful.
- Melalui ejen berdaftar atau broker berlesen.
- Melalui institusi perbankan yang mempunyai urusan bankansurans dengan syarikat insurans atau pengendali takaful.
- Melalui internet.
Panduan
penting apabila membeli polisi insurans atau menyertai pelan takaful.
- Benar-benar memahami polisi insurans atau pelan takaful anda termasuklah ciri-ciri produk, syarat-syarat, had manfaat dan pengecualiannya.
- Memastikan premium insurans dan caruman takaful yang akan dibayar adalah berpatutan.
- Memastikan amaun perlindungan adalah mencukupi dan sesuai dengan keperluan anda.
- Memastikan semua fakta penting didedahkan sepenuhnya.
- Berurusan hanya dengan ejen berdaftar/broker berlesen atau secara terus dengan syarikat insurans atau pengendali takaful.
- Memantau tempoh perlindungan dan masa untuk membayar premium atau caruman.
No comments:
Post a Comment