Friday, June 21, 2019

Insurans Perjalanan


Insurans perjalanan lazimnya terhad kepada tempoh perjalanan anda. Walau bagaimanapun, sesetengah syarikat insurans menawarkan kombinasi beberapa perlindungan yang dapat memenuhi keperluan tertentu pengguna, termasuklah polisi tahunan jangka panjang untuk mereka yang sering melancong.

Insurans perjalanan boleh dibeli untuk anda dan keluarga untuk memberi perlindungan terhadap kemalangan, kerugian dan gangguan semasa perjalanan seperti :-
  • Kemalangan diri.
  • Belanja perubatan dan yang berkaitan.
  • Kehilangan deposit perjalanan atau pemendekan perjalanan.
  • Kehilangan bagasi, barang-barang kepunyaan peribadi dan wang.
  • Kehilangan pasport.
  • Liabiliti diri.
  • Kelewatan bagasi.
  • Kelewatan perjalanan.
  • Rampasan kenderaan.
  • Penghantaran pulang jenazah.

MEMILIH POLISI INSURANS
Di dalam memilih insurans KD, sentiasalah :- 
  • Membuat perbandingan polisi yang sesuai dengan keperluan anda.
  • Semaklah dengan syarikat insurans anda tentang barang-barang kepunyaan peribadi yang boleh dilindungi di bawah insurans perjalanan kerana perlindungan yang diberikan adalah berbeza di kalangan syarikat insurans.
  • Pastikan syarikat insurans anda mempunyai rangkaian gabungan asing yang baik yang boleh memberikan bantuan yang sewajarnya apabila diperlukan.
  • Semak sama ada syarikat insurans anda menyediakan perkhidmatan talian kecemasan ”hotline” 24 jam.
  • Baca dengan teliti dan fahami pengecualian yang dikenakan ke atas polisi anda, untuk mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh anda tuntut.


JIKA BERLAKU KEROSAKAN ATAU KERUGIAN KETIKA DI DALAM PERJALANAN
Walaupun anda dilindungi insurans perjalanan, anda hendaklah mengambil tindakan yang munasabah untuk melindungi, menyelamat dan memperolehi semula barang anda yang telah hilang ataupun rosak. Anda juga dinasihatkan agar menghubungi talian perkhidmatan kecemasan sekiranya anda memerlukan bantuan segera, memberitahu pihak berkuasa kawasan tersebut dan syarikat insurans secepat yang mungkin.


MANFAAT
Kebanyakan insurans perjalanan menawarkan manfaat yang sama, tetapi skop perlindungan dan skala manfaat berbeza-beza bergantung kepada syarikat insurans.

No comments: