Friday, June 21, 2019

Insurans Empunya Rumah / Isi Rumah


Insurans kediaman atau insurans empunya rumah/isi rumah merupakan salah satu polisi insurans terpenting yang anda boleh membeli. Rumah anda merupakan salah satu pelaburan terbesar anda jadi adalah penting untuk anda melindungi rumah anda. Terdapat 3 jenis polisi utama yang boleh melindungi rumah anda:



🔘 JENIS POLISI

⇒ POLISI KEBAKARAN ASAS
  • Polisi ini memberi perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan atas harta yang diinsuranskan (contohnya rumah, kedai dan kilang) akibat kebakaran, petir atau letupan.

 ⇒ POLISI EMPUNYA RUMAH

  • Polisi ini memberi perlindungan tambahan berbanding polisi kebakaran asas. Ia melindungi sebarang kerugian atau kerosakan akibat banjir, paip pecah dan lain-lain.
POLISI ISI RUMAH
  • Polisi ini melindungi barang-barang isi rumah anda serta melindungi kecederaan maut untuk anda sebagai pihak yang diinsuranskan. Polisi ini tidak memberi perlindungan kepada rumah anda.



🔘 SETAKAT MANA HARUS SAYA LINDUNGI?
  • Apabila membeli insurans untuk rumah anda, pastikan harta anda diinsuranskan secukupnya dengan mengambilkira pengubahsuaian dan penambahbaikan yang anda lakukan terhadap rumah anda. Jika anda memerlukan perlindungan menyeluruh yang melindungi rumah dan isi rumah anda, dapatkan polisi insurans empunya rumah serta polisi insurans isi rumah.


🔘 HARTA BERHAK MILIK STRATA
  • Jika anda mempunyai harta berhak milik strata seperti pangsapuri, syarikat yang menguruskan pangsapuri itu bertanggungjawab mengambil insurans di bawah polisi induk. Pastikan anda mendapat salinan sijil insurans individu untuk unit anda bagi menyemak perlindungan insurans di bawah polisi induk tersebut.


🔘 BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN?
  • Jika sesuatu terjadi kepada rumah anda yang dilindungi polisi insurans rumah, hantar tuntutan anda berserta semua maklumat dan dokumen berkenaan kepada syarikat insurans anda. Anda harus memberi kerjasama sepenuhya dengan pelaras kerugian atau penyiasat yang dilantik syarikat insurans anda untuk mentaksir tuntutan anda.

Untuk maklumat lanjut tentang polisi insurans empunya rumah atau isi rumah, anda boleh menghubungi mana-mana syarikat insurans berlesen untuk keterangan lanjut.

No comments: