Friday, August 2, 2019

Pentadbiran Pusaka


Pentadbiran Pusaka merupakan proses mengumpul dan menguruskan aset-aset dan hutang-piutang simati dan mengagihkan Pusaka kepada waris yang berhak.

Harta Pusaka merangkumi aset-aset seperti hartanah, harta benda dan pelaburan yang ditinggalkan oleh simati.

Pentadbiran Pusaka yang teliti dapat memastikan waris yang masih hidup mewarisi harta simati. Sekiranya tidak ditadbir dengan baik, pengagihan pusaka akan menjadi satu urusan yang rumit dan memberikan tekanan serta mencetuskan kebimbangan waris.

Mentadbir Pusaka boleh memakan masa selama 3 bulan atau bertahun-tahun bergantung kepada jenis aset dan sebarang pertikaian yang mungkin timbul. Justeru itu, pemilihan Pentadbir sangat penting dalam menguruskan dan mentadbir Pusaka simati.


Geran Probet
Geran Probet dikeluarkan oleh Makhamah Tinggi Sivil kepada pentadbir yang dinamakan di dalam Wasiat. Pentadbir mempunyai kuasa untuk mentadbir Pusaka sebaik sahaja Geran Probet dikeluarkan.

Surat Kuasa Mentadbir
Surat Kuasa Mentadbir atau Akuan akan dikeluarkan apabila seseorang itu meninggal dunia tanpa Wasiat.

Di Malaysia, terdapat 3 institusi yang mempunyai kuasa mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir iaitu Mahkamah Tinggi Sivil, AmanahRaya dan Unit Pembahagian Pusaka Kecil. AmanahRaya mengeluarkan Surat Kuasa dalam bentuk Akuan atau Arahan seperti yang dilindungi oleh Akta Perbadanan Amanah Raya 1995.

Untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai fi pentadbiran Pusaka sila rujuk soalan lazim

No comments: