Monday, August 5, 2019

3 Alasan Popular Untuk Mengelak Dari Daftar Perlindungan Takaful.. No 2 Tu Sangat Bahaya!


Sering kita mendengar kisah mengenai sesetengah orang yang mengelak daripada mendaftarkan diri mereka untuk mempunyai perlindungan takaful.

Ada alasan mereka itu munasabah, ada juga yang tidak masuk akal. Tahukah anda, bahaya sebenarnya kalau tak ada perlindungan takaful ni…

Bayangkan je, kalau anda menghadapi kecelakaan atau kematian, apa yang akan jadi kepada ahli keluarga anda? Anda nak tinggalkan mereka dengan hutang dan beban kewangan ke?

TIDAK!

Ha, kami senaraikan tiga alasan popular sesetengah orang yang mengelakkan diri mereka daripada mendaftar dan mempunyai perlindungan takaful.

1) Mahal... Perlu komitmen bulanan.
Ada yang beranggapan perlindungan takaful ini mahal harganya dan mereka tidak mahu untuk memberikan komitmen bayaran setiap bulan.

Ini penyelesaiannya: Jangan risau, masih ada harapan untuk semua! Great Eastern Takaful kini menawarkan promosi yang istimewa, pelan Takaful yang anda boleh dapat dengan hanya RM2 sehari! Ya, kalau kumpul sebulan, lebih murah daripada bil telefon pintar
anda! Yang paling best, anda boleh mendapat perlindungan yang tinggi sehingga RM1 juta… caruman rendah dengan perlindungan yang tinggi!


2) Tiada kesedaran... Tak nampak keperluan untuk perlindungan takaful.
Ini paling bahaya. Ramai yang tidak mahu ambil peduli dengan keperluan perlindungan takaful. Mereka kurang kesedaran dan menganggap kehidupan mereka akan terus dipenuhi dengan kesenangan tanpa dugaan mendatang! Ada juga yang malas untuk menghadiri sesi medical check-up…

Ini penyelesaiannya: Ha, dengan pelan perlindungan istimewa dari Great Eastern Takaful ni, tiada alasan lagi untuk anda. Tak payah menghadiri medical check-up kerana anda hanya perlu menjawab soalan ringkas Ya atau Tidak untuk mengesahkan status kesihatan anda tanpa perlu menjalani pemeriksaan kesihatan… Senang kan?

3) Remeh... Malas isi borang.
Ha, jangan terkejut sebab ada juga mereka yang beri alasan sebegini! Mereka menganggap urusan untuk mendaftar perlindungan takaful ini meremehkan serta keperluan untuk mengisi banyak borang dan membaca banyak terma itu melecehkan.

Ini penyelesaiannya: Great Eastern Takaful ada aplikasi permohonan melalui iPad… Kepada mereka yang berminat, boleh buat permohonan melalui ejen atau perunding takaful anda! Tidak melecehkan dan tidak merimaskan, mudah sangat!


Lihat bagaimana pelan takaful ini memberi manfaat perlindungan yang mencukupi.


Nak tahu lebih lanjut mengenai pelan perlindungan yang ditawarkan oleh Great Eastern Takaful, klik di sini atau lawati laman Facebook https://www.facebook.com/shikinarshad85/ dan tekan butang 'LIKE'

No comments: