Perlindungan kepada Pelanggan kami terhadap COVID-19
Manfaat
Kami memberikan perlindungan tambahan terhadap COVID -19 kepada semua Pelanggan di bawah sijil takaful sedia ada dan baharu yang dikeluarkan oleh GETB sehingga 31 Disember 2020,
- Elaun hospital harian sebanyak RM200 sehingga 60 hari apabila didiagnosis dengan COVID-19 dan dikuarantin di mana-mana hospital yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Manfaat sekaligus sebanyak RM20,000 apabila berlaku kematian disebabkan COVID-19.
- Setiap waris terdekat (pasangan dan kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah) kepada Pelanggan akan turut menerima manfaat (1) & (2).
- Pelanggan yang mempunyai sijil berkuatkuasa sebelum 1 Januari 2021 (kecuali untuk Manfaat Pekerja Berkelompok Wajib dan mySalam); dan
- Waris terdekat (pasangan dan kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah) kepada (1) di atas.
Manfaat tidak akan dibayar jika diagnosis COVID-19 berlaku sebelum tarikh bermula atau pengembalian semula sijil, yang mana lebih kemudian.
Tempoh Perlindungan
Perlindungan tambahan untuk manfaat-manfaat di atas adalah sah sehingga 31 Disember 2020 atau apabila Had Bantuan Kewangan RM1 juta habis digunakan, yang mana terdahulu.
Soalan Lazim
S: Adakah terdapat tempoh menunggu untuk manfaat yang dibayar?
J: Tiada tempoh menunggu. Program Bantuan Kewangan ini efektif bermula dari 17 Februari hingga 31 Disember 2020.
S: Jika orang yang dilindungi ialah warganegara asing, adakah dia layak menerima Program Bantuan Kewangan?
J: Ya. Untuk membuat tuntutan Bantuan Tunai Hospitalisasi, orang yang dilindungi mesti didiagnos dengan COVID-19 dan dikuarantin di mana-mana hospital yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
S: Jika saya mempunyai lebih daripada satu sijil, bolehkah saya membuat tuntutan berganda?
J: Tidak boleh, anda hanya boleh membuat tuntutan sekali sahaja. Jika terdapat lebih daripada satu tuntutan kematian, Syarikat akan bayar manfaat kepada benifisiari tertakluk kepada turutan berikut: tarikh notifikasi tuntutan, status penamaan/serah hak/hak milik dan tarikh bermula risiko.
S: Jika saya dan pasangan saya telah didiagnos dengan COVID-19, bolehkah saya membuat tuntutan untuk kami berdua?
J: Ya, kedua-dua tuntutan dibenarkan tertakluk kepada terma dan syarat Program Bantuan Kewangan ini.
S: Adakah bayaran tuntutan ini tambahan kepada manfaat sedia ada seperti manfaat hospital dan elaun tunai harian di Hospital Kerajaan Malaysia daripada sijil-sijil sedia ada?
J: Ya, ianya akan dibayar sebagai tambahan kepada manfaat-manfaat sedia ada anda. Semua manfaat sedia ada akan dibayar mengikut terma dan syarat sijil sedia ada.
S: Siapa perlu saya hubungi jika mempunyai pertanyaan lanjut?
J: Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami di 1-300-13-8338 atau emel ke i-greatcare@greateasterntakaful.com
No comments:
Post a Comment