Thursday, January 18, 2018

Takaful Berkaitan Pelaburan



Takaful berkaitan pelaburan adalah pelan takaful keluarga yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan takaful. Caruman anda akan memberi perlindungan takaful, termasuk manfaat kematian dan hilang upaya, dan sebahagian daripada caruman akan dilaburkan dalam pelbagai dana pelaburan pilihan anda yang dibenarkan oleh Syariah.


🔘 CIRI-CIRI UNIK TAKAFUL BERKAITAN PELABURAN

Takaful berkaitan pelaburan mempunyai ciri-ciri unik seperti berikut:
  • Menentukan peruntukan sumbangan anda untuk perlindungan dan pelaburan.
  • Mempertimbangkan jumlah yang anda ingin laburkan, sama ada melalui pelan caruman sekali atau pelan caruman berkala.
  • Mempertimbangkan jenis pelaburan lain dan tahap risiko yang selesa untuk anda. 
  • Menilai pilihan anda dengan bijak dalam mencari pelan yang bersesuaian dengan keperluan anda. 
  • Mengetahui jenis-jenis dan jumlah caj dan fi yang dikenakan, seperi fi pengurusan dan lain-lain yang mungkin dikenakan untuk perkhidmatan yang diberikan.
  • Mengetahui fleksibiliti pertukaran dana anda.



🔘 JENIS-JENIS PERLINDUNGAN

Pelan Caruman Tunggal
  • Dalam pelan ini, bayaran premium di bayar sekali secara sekali gus.
  • Jumlah perlindungan biasanya adalah peratusan daripada caruman tunggal. Bayaran manfaat pula adalah jumlah perlindungan dan nilai unit berkaitan pelaburan.
  • Pelan ini lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai sejumlah wang yang sedia untuk dilaburkan. 



Pelan Caruman Berkala
  • Dalam pelan ini, bayaran premium dibuat secara berkala, sama ada secara bulanan, suku tahunan, separuh tahunan atau tahunan. 
  • Jumlah perlindungan biasanya ialah gandaan caruman tahunan.
  • Bayaran manfaat pula adalah jumlah perlindungan dan nilai unit berkaitan pelaburan.



🔘 MEMAHAMI RISIKO

Sebelum anda melaburkan wang dalam takaful berkaitan pelaburan, fikirkan tentang risiko yang sanggup anda ambil dan pastikan anda benar-benar memahami risiko yang terlibat dan bersedia membiarkan wang anda terikat untuk tempoh tertentu.

No comments: