Takaful motor
memberikan anda perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan kenderaan sendiri
akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan; dan/atau kecederaan tubuh badan
atau kematian pihak ketiga, kerosakan atau kerugian harta benda pihak ketiga.
Seperti polisi insurans motor biasa, terdapat dua jenis perlindungan di bawah pelan takaful motor:
Pihak Ketiga
- Memberikan anda perlindungan terhadap kematian, kecederaan tubuh badan dan/atau kerosakan harta benda pihak ketiga.
- Memberikan perlindungan terhadap kematian, kecederaan tubuh badan dan/atau kerosakan harta benda pihak ketiga; serta kerugian atau kerosakan ke atas kenderaan anda akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan.
- Apabila anda menyertai takaful motor, anda akan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful am dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru'). Anda akan memeterai perjanjian (aqad). Anda layak untuk berkongsi lebihan di dalam dana takaful am sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh penyertaan.
◉ BERAPAKAH JUMLAH PERLINDUNGAN YANG PATUT DIAMBIL?
- Pastikan jumlah perlindungan yang diambil di bawah sijil takaful motor menggambarkan nilai pasaran kenderaan anda.
- Anda boleh menyemak nilai pasaran kenderaan anda untuk menentukan jumlah yang perlu diinsuranskan di bawah insurans motor/ takaful di www.carprices.com.my
Secara amnya,
sebelum membuat sebarang tuntutan, anda haruslah memerhatikan dan mencatatkan
butiran kemalangan anda, butiran seperti nama dan alamat pemandu-pemandu yang
terlibat di samping para saksi serta nombor pendaftaran, jenis dan model
kenderaan yang terlibat. Sebagai pemegang pelan takaful, anda boleh membuat
tuntutan jika mana-mana yang berikut berlaku terhadap anda:
- Jika Anda Terlibat Di Dalam Kemalangan Kenderaan.
- Jika Terdapat Kerosakan Kepada Kenderaan Anda.
- Jika Ada Pihak Ketiga Yang Terlibat.
Pelan
takaful motor juga menawarkan pemegang pelan dengan diskaun tanpa tuntutan (No Claim Discount (NCD)). Tawaran ini membolehkan pemegang pelan
memperbaharui perlindungan mereka pada harga diskaun sekiranya tiada sebarang
tuntutan dibuat pada tempoh terdahulu perlindungan tersebut. Walau
bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk benar-benar memahami pelan takaful anda,
terutamanya dari aspek pengecualian dan perlindungan tambahan pelan takaful
anda.
No comments:
Post a Comment