Wednesday, January 24, 2018

Insurans Kemalangan Diri



Insurans Kemalangan Diri (KD) ialah polisi insurans tahunan yang menyediakan pampasan sekiranya berlaku kecederaan, hilang upaya atau kematian yang hanya berlaku disebabkan oleh kejadian yang bersifat ganas, tidak sengaja, luaran dan jelas kelihatan.

Ianya merupakan polisi yang berbeza daripada insurans hayat dan insurans perubatan dan kesihatan. Anda boleh membeli insurans KD untuk diri anda sendiri atau polisi berkumpulan untuk keluarga anda. Polisi KD memberikan perlindungan insurans 24 jam di seluruh dunia.


Skop perlindungan dan skala manfaat berbeza-beza di antara syarikat insurans dan anda hendaklah memastikan bahawa anda membeli polisi yang memenuhi keperluan anda. Jenis-jenis perlindungan yang biasanya diberikan di bawah polisi KD ialah:

Mati Akibat Kemalangan.
Hilang Upaya Kekal.
Hilang Upaya Sementara Menyeluruh Atau Separa.
Belanja Perubatan.
Pembedahan Pembetulan.
Manfaat Masuk Hospital.
Belanja Pengebumian.


🔘 MEMILIH POLISI INSURANS KD

Di dalam memilih insurans KD, sentiasalah:
  1. Sedar akan pengecualian di dalam polisi yang tidak membenarkan anda menuntut daripada syarikat insurans.
  2. Mengetahui skala manfaat, iaitu jumlah pampasan yang akan dibayar oleh syarikat insurans sekiranya belaku kecederaan atau hilang anggota badan, pendengaran atau penglihatan. 
  3. Mendedahkan semua fakta penting yang diperlukan di dalam permohonan anda, seperti tahap kesihatan anda, pekerjaan dan jumlah polisi insurans KD yang anda punyai.

🔘 PENGECUALIAN



Mungkin terdapat pengecualian yang dikenakan ke atas sesetengah keadaan serta profession tertentu yang tidak dilindungi polisi insurans KD. 

No comments: