Friday, January 26, 2018

Takaful Rumah



Terdapat dua pelan takaful di bawah takaful rumah, takaful empunya rumah dan takaful isi rumah. Takaful empunya rumah memberikan perlindungan ke atas rumah kediaman anda terhadap kerugian atau kerosakan akibat bencana seperti banjir atau gempa bumi. Bukan sahaja melindungi rumah anda tetapi juga merangkumi garaj, bangunan luar, dinding, pintu pagar dan pagar di sekeliling rumah anda serta lekapan dan lengkapan kekal.

Takaful isi rumah pula memberi perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan kandungan rumah kediaman anda, dan perlindungan kepada anda sebagai peserta jika berlaku kecederaan maut. Anda boleh menyertai takaful empunya rumah atau takaful isi rumah atau kedua-duanya sekali untuk perlindungan yang menyeluruh.


BERAPAKAH JUMLAH PERLINDUNGAN YANG PATUT DIAMBIL?

Pastikan jumlah perlindungan yang diambil di bawah pelan takaful empunya rumah anda menggambarkan kos pembinaan semula rumah anda. Sekiranya jumlah perlindungan kurang daripada kos pembinaan semula, syarat purata akan diguna pakai apabila tuntutan dibuat. Ini bermakna jika anda cuma menginsuranskan 80% daripada kos pembinaan semula rumah anda, anda hanya boleh menuntut 80% daripada nilai kerosakan yang dialami.


Jika anda masih tidak pasti jenis perlindungan yang anda perlukan, berbincanglah dengan ejen takaful anda untuk penerangan selanjutnya.

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN?

Sekiranya anda mengalami kerosakan atau kerugian terhadap rumah anda, hubungi pengendali takaful anda dengan segera dan pastikan anda memberikan semua maklumat yang berkenaan untuk pemprosesan tuntutan anda. Anda juga harus tahu asas perlindungan anda kerana ia akan memberi kesan kepada penyelesaian tuntutan sekiranya anda memerlukan pampasan.

Free Consultation
HUBUNGI
🌟 SHIKIN ARSHAD @ CHICY ðŸŒŸ
📧 norhashikin.arshad@gmail.com
📱 Call/WhatsApp/Text
👩‍💼 Fulltime Takaful Planner Great Eastern Takaful
 Since 2⃣0⃣1⃣2⃣ 
 0122272334
📞 0122272334
📱 0122272334

🌟🌟 WE TEACH ðŸŒŸ YOU LEARN ðŸŒŸðŸŒŸ
🌟🌟 HOW TO BE SUCCESSFUL WITH GREAT ðŸŒŸðŸŒŸ

Like & Share | SA Great Eastern Takaful 



No comments: