Friday, January 26, 2018

Takaful Perubatan Dan Kesihatan



Takaful perubatan dan kesihatan memberi perlindungan terhadap kos rawatan perubatan persendirian seperti kos hospital dan penjagaan kesihatan, jika anda didiagnosis menghidap penyakit tertentu atau terlibat dalam kemalangan. Perlindungan tersebut boleh diambil secara berasingan atau sebagai kontrak tambahan kepada pelan takaful keluarga asas.


JENIS-JENIS PERLINDUNAGN UTAMA

Fi Profesional Dan Perkhidmatan Hospital
  • Pelan ini memberi perlindungan kepada anda terhadap perbelanjaan perkhidmatan hospital dan fi profesional akibat kecederaan atau penyakit yang di alami, seperti caj wad, caj pembedahan dan caj unit rawatan rapi. Manfaat-manfaat ini boleh dihadkan kepada amaun maksimum dan/atau bilangan hari.
Manfaat Penghospitalan
  • Di bawah pelan ini, anda akan diberi elaun harian bagi setiap hari anda berada di hospital disebabkan oleh penyakit dan/atau kecederaan tertakluk kepada bilangan hari maksimum.
Penyakit Kritikal
  • Pelan ini memberi manfaat sekali pembayaran sekiranya anda didiagnosis menghidap salah satu daripada penyakit-penyakit kritikal yang dinyatakan di dalam sijil.


 MEMILIH POLISI

Takaful perubatan dan kesihatan lazimnya ditawarkan sama ada melalui pelan individu atau berkumpulan. Walaubagaimanapun, kos pelan takaful individu secara amnya adalah lebih tinggi daripada pelan takaful kumpulan. Oleh itu anda haruslah benar-benar bijak di dalam memilih perlindungan yang memenuhi keperluan anda dengan memahami ciri-ciri, syarat-syarat, manfaat, had dan pengecualian pelan takaful tersebut. Jangan rasa tertekan atau terpengaruh untuk membeli lebih daripada apa yang anda perlukan.


TERMA DAN SYARAT UTAMA

Anda harus benar-benar memahami terma dan syarat yang digunakan di dalam pelan takaful perubatan dan kesihatan yang anda beli. Jika anda tidak pasti dengan maksud sesuatu terma, anda dinasihatkan bertanya kepada ejen anda atau kepada pengendali takaful. Oleh kerana sijil takaful merupakan kontrak yang sah, maksud-maksud yang termaktub di dalam sijil tersebut akan diguna pakai semasa membuat tuntutan. 

No comments: