Thursday, February 1, 2018

Takaful Kemalangan Diri



Takaful Kemalangan Diri (KD) adalah pelan takaful tahunan yang menyediakan pampasan sekiranya berlaku kematian, hilang upaya atau kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan. Anda boleh menyertai takaful KD untuk diri anda sendiri atau pelan kumpulan untuk keluarga anda. Takaful KD juga boleh dibeli untuk jangka masa yang lebih pendek, seperti jika anda melancong ke luarnegara, untuk melindungi anda sekiranya kemalangan berlaku sewaktu anda berada di luar negara. 

Walaupun perlindungan takaful KD merangkumi kemalangan yang berlaku di mana-mana tempat di dunia, 24 jam sehari, pelan asas KD masih mempunyai pengecualian. Walau bagaimanapun, dengan caruman tambahan, pemegang pelan boleh menambah perlindungan yang sebelum ini dikecualikan. Hubungi pengendali atau ejen takaful anda tentang perlindungan tambahan yang boleh anda nikmati melalui pembelian takaful KD.

MEMILIH PELAN TAKAFUL YANG SESUAI

Jika anda berminat untuk mendapatkan Takaful KD, sentiasalah:

  • Memeriksa skop perlindungan yang ditawarkan pengendali takafulPengendali takaful yang berbeza mungkin mempunyai skop perlindungan, pengecualian dan manfaat yang berbeza.
  • Dedah semua maklumat berkenaan risiko yang ingin dilindungi.
  • Pertimbangkan keperluan anda dan pilih pelan yang paling sesuai dengan anda.

PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERIKAN PERHATIAN APABILA MENYERTAI TAKAFUL KD

Skala Manfaat
  • Skala manfaat merujuk kepada amaun pampasan yang boleh dibayar oleh pengendali takaful apabila berlaku kematian, hilang upaya atau kecederaan. Anda dinasihatkan supaya memberikan perhatian pada skala manfaat dalam pelan anda kerana ianya berbeza-beza antara pengendali takaful
Perlindungan Berganda
  • Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu takaful atau insurans KD dan apabila anda meninggal dunia atau hilang upaya, anda atau benefisiari anda berhak mendapat pampasan di bawah setiap pelan/polisi. Walau bagaimanapun, bagi kerugian tertentu seperti belanja perubatan yang pampasannya berdasarkan pembayaran gantian, anda akan dibayar pampasan sekali sahaja berdasarkan kerugian sebenar yang dialami.
Benefisiari
  • Anda dinasihatkan supaya menamakan benefisiari anda dan pastikan benefisiari anda mengetahui mengenai takaful KD yang anda sertai.

No comments: